Jom Follow Ibu

Friday, October 24, 2014

Puding Buah Berkuah

Assalamualaikum wbt..

Hari ni admin nak bagi resepi puding buah berkuah. Memang sedap sangat. Tak percaya, cubalah...

Bahan2 :

1) 1/2 cawan tepung kastard (kalau tak suka kuah pekat, boleh kurangkan tepung kastad.. tapi kalau suka kuah pekat, boleh juga lebihkan tepung kastad.. admin suka kuah pekat.. rasa macam makan yogurt pulak.. hehe)
2) 1 tin susu cair
3) 1 cawan Susu segar
4) 1 cawan gula (kalau tak suka manis bolehla kurangkan gula tu)
5) Esen vanilla
6) Buah-buahan (strawberry, anggur merah, anggur hijau dll - ikut citarasa)
7) Sumi Jelly
8) Koktel dalam tin

Cara2 :

Campurkan susu cair dan gula dalam periuk. Tepung kastad dibancuh dengan 2 cawan air (anggaran) agar tidak berketul ketul. Kemudian masak atas api sehingga kuah menjadi likat. Campurkan susu segar dan esen vanilla.

Apabila kuah likat, bermakna tepung kastad tadi dah cukup masak. Matikan api dan sejukkan kuah tadi. Buah2an, sumi, koktel dimasukkan kedalam bekas.. kemudian curah kuah yang telah sejuk tadi kedalam bekas berisi buahan2 tersebut. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika sejuk.







Jeruk Mangga Asam Boi


Assalamualaikum wbt..

Jeruk mangga asam boi dah jadi satu fenomena baru sekarang ni. Rata2 bercerita pasal JMAB. Baru tengok gambar je dah boleh melelehkan air liur kita, apatah lagi kalau dah ada kat depan mata...

Bagi sesiapa yang teringin nak buat sendiri JMAB ni, silakanlah..

Bahan2

1) Mangga muda (boleh juga digantikan dengan epal, betik, jambu batu dll)
2) Gula (lebihkan pun tak apa)
3) Secubit garam
4) Asam Boi
5) Cili

Senang jer kan bahan2nya... siapa2 yang memang ada tanam pokok mangga kat depan rumah tu, silalah petik sekarang.. kalau korang taknak buat pun takper, mangga tu korang bagi kat admin pun takper.. hahaha!




-Admin-