Jom Follow Ibu

Thursday, September 20, 2012

Kuih Seri Muka


assalamualaikum wbt..

biar pn dh banyak kali buat kuih seri muka..tapi kakcu tetap suka nk mencuba resepi kuih ni dari kawan2 yang lain..hari ni kakcu cuba resepi kuih seri muka Milla safinaz..alhamdulillah menjadi pun...betul2 sedap..tk tipu punya..terima kasih milla yg sudi berkongsi resepi...moga kehidupan milla di berkati Allah jua..izinkan kakcu letakkan resepi tu di sini ye...;))


                                        


                                        

Bahan lapisan bawah:

400 gm/ 2 cwn pulut putih(direndam 3 jam)
2 cwn santan cair(kena sama dgn sukatan pulut)
sedikit garam

Caranya:
1.Kukus pulut yg telah direndam tadi selamat 40 minit.
2.Campurkan santan cair, garam, gaul sebati.
3.Kemudian di tuangkan ke dlm pulut kukus n kacau sebati.Santan dgn pulut mesti sama parasnya.
4.Kukus lagi selama 30 minit.
5.setelah masak,tekan pulut tadi sehingga mampat.

Bahan lapisan atas(diblender hingga hancur n halus):
2 cwn santan pekat 
sedikit daun pandan
1 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula(nak manis-1 cwn gula)
1 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau

Caranya:
1.Blender semua bhn tadi n tapiskan.
2.Tuangkan adunan ke atas pulut yg telah di tekan.
3.Kukus selama 40 minit...setiap 10 minit dibuka utk buang wap air..
4.Sejukkan n hidangkan.

Tuesday, September 18, 2012

Kek Rainbow


Assalamualaikum wbt...

baru ni kakcu buat kek rainbow utk besday anak2 kakcu...ct maira dgn haikal hamim kongsi tarikh lahir pd 18hb.0gos..tapi masa tarikh besday sebenar diorg kakcu tk buatkn kek pn sebab esoknya 19hb tu kan dah raya..makanan melambak..nanti kalau buat kek kalau tk makan,membazir je..so dh penghujung raya baru la kakcu buatkan kek ni...bukan mudah rupanya nk buat kek ni..kena bakar satu persatu utk jadikn 6 lapisan..kakcu rasa kek ni 1st n last la kakcu buat...leceh la...huhu

resepi kek rainbow ni kakcu dapat dari kawan fb yg kakcu sayangi iaitu kak Aida Han..bberapa hari sebelum buat kek ni,hari2 su skodeng fb kak aida...alhamdulillah,tk sia2 skodeng..jadi pn kek nya...terima kasih kak Aida sayang..izinkan su kongsikan resepinya di sini ye...;))












Bahan- bahannya:

1 Cawan Mentega
1 1/2 Gula Kastor
5 biji putih telur
2 Sudu esen vanilla
3 cawan tepung gandum **
4 Sudu teh baking powder **
Tanda ** Di ayak bersama **
1 1/2 Cawan susu segar


Pewarna

1 sudu teh pewarna ungu+ perisa grape
1 sudu teh pewarna biru + perisa blueberry
1 sudu teh pewarna hijau + perisa peppermint
1 sudu teh pewarna kuning + perisa peach
1 sudu teh pewarna oren + perisa limau
1 sudu teh pewarna merah  + perisa strawberry

I
Cara-caranya:


1 ~ Butter dan gula dipukul hingga kembang
2 ~ Lalu dimasukkan putih telur sedikit2
Sambil dipukul terus hingga rata
3 ~ Masukkan esen vanilla, pukul rata

4 ~ Tepung dan susu segar dimasukkan bergilir gilir hingga habis dan diakhiri dengan susu
5 ~ Bagikan adunan kepada 6 mangkuk dan warna serta perisa
6 ~ Setiap mangkuk 200gm  250 gm adunan
7 ~ Panaskan oven 170 degree bakar setiap lapis selama18 minit atau sehingga masak.
8 ~ Guna loyang  8 inchi dan dialas kertas minyak
9 ~ Kek disejukkan dahulu, kemudian barulah dilayer..


Bahan2 frosting:


250 Gm Cream Cheese
120 Gm Butter
120 Gm gula icing diayak dahulu


Kesemua bahan2 frosting dipukul hingga rata dan gebu. Kemudian bolehlah digunaka untuk layer kek dan disapu pada kek...


Selamat Mencuba....

Sunday, September 9, 2012

Kek Kukus Buah-Buahan

                 
 Assalamualaikum wbt..

Baru ni ibu ada buat kek kukus buah2an..pada ibu la rasa dia memang sedap dan kena kt selera ibu..adunan kek ni sesuai utk keluarga yg tk ramai..sebab bila dh masak,kek ni tkde la besar sangat..kukus pn tk lama,dalam 2 jam je..simpan lama2 pn masih ok..so sape2 yg nk cuba buat,ni ibu kongsikan resepinya...jom kita tengok..;))
                   

                                     









Bahan2nya :



300gm tepung gandum

100gm gula halus
3 biji telur gred A
200gm mentega/butter
250gm buah campuran
1st soda bikarbonat
1st cream of tartar
1st esen vanilla
1 cawan gula - utk buat gula hangus
aluminium foil



                                                                          cara2nya :



1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.

2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.


3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sehingga ia sebati.


4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak2 sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.


5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.


6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.


7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.


8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 2 jam..;))