Jom Follow Ibu

Friday, July 20, 2012

Marble Cheese Brownies


assalamualaikum wbt...

utk semua yg singgah ke blog ibu..ibu ucapkan,selamat menyambut ramadhan al mubarak..moga ramadhan kali ni,lebih bererti utk kita semua..jangan ada yg cuba2 nk ponteng puasa dgn sengaja tau..tk baik...berdosa...:))

 ok,pic kt atas tu..itu la marble cheese brownies yg di tempah oleh anak buah ibu sempena hari jadi bonda nya yg tercinta..ibu cuba buat sekadar yg termampu..nk deko lebih2 tk pandai,lagi pn tangan ni dh la suka nk terketar2 tk pasal2..adoii agaknya kalau nk buat bunga ros..harus jadi berus..haha

kepada kak ngah harap berpuas hati ye..dan pada sape2 yg nk menempah di persilakan lah... :))






Friday, July 6, 2012

Agar-Agar Pelangi


Assalamualaikum....

Sebelum ni kakcu dh pernah buat agar2 ni..kakcu copy je resepi tu ye..jum kita tengok..


Bahan2nya:

Sebungkus agar2 bertali (25gm) di bahagi tiga.

Bahan A :

Ambil 1 bahagian agar2 - dicuci bersih
31/2 cawan air
1 cawan gula
pewarna

Cara2 nya :

Masakkan agar2,air dan gula hingga larut.
masak dengan api yg sederhana - kacau2 selalu
bila agar2 dh larut dan agak pekat boleh lah matikan api.
bahagikan agar2 td kpd beberapa bahagian dan masukkan warna ikut suka.
biarkan agar2 beku.
selepas itu,bolehlah di potong kecil2.
dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yg di sukai.

Bahan B :
ambil 1 bahagian lagi agar2
3 sudu makan gula
1 sudu kfc garam
11/2 cawan santan
2 cawan air

Cara2nya :

Masakkan agar2 dan kesemua bahan hingga larut.
setelah agak pekat matikan api.

Kemudian tuangkan ke dalam loyang/acuan yg sudah siap di isi dgn hirisan agar2 tadi.
biarkan sejuk sekejap dan masukkan ke dalam peti ais..







agar2 ni kakcu buat atas tempahan jugak..terima kasih
pd cikgu nor & cikgu milah..kalau sedap order la lg ye..:))

Enak di makan pd bila2 masa...baki agar2 yg masih tinggal lg tu simpan utk buat lain kali pula...:))

Cucur Jawa (Akok)


Hari ni kakcu buat cucur jawa utk tempahan..terima kasih pada cikgu Nor (Nasom Segamat ) yg mengorder kuih ni moga menepati citarasa cikgu & keluarga..:)) pada sape2 yg nak cuba try test buat..ni kakcu kongsikan lagi resepinya :







Bahan2nya :

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan air kelapa
1 cawan air biasa
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
secubit garam

Cara2nya :

1. semua bahan dicampurkan dan digaul sebati.
2. perapkan lebih kurang 10 minit.
3. goreng menggunakan minyak yg sedikit (spt goreng telur mata..... )
4. goreng satu2 dgn api perlahan.

*cara kakcu goreng tadi,masa masukkan sesenduk adunan kedalam kuali,kakcu besarkan sikit api,sekejap je..lepas tu cpt2 kecikkan api..buat mcmtu sampai adunan siap digoreng*


Monday, July 2, 2012

Marble Cheese Brownies





hari ni pagi2 lagi ibu dh mula buat kek..mula2 buat kek
karamel 2 buku..lps tu buat marble cheese brownies ni
plak..ibu buat ni atas tempahan dari kastemer..walaupn
hari ni ibu rasa kurang sihat sikit..tp alhamdulillah ibu
dapat juga siapkan semuanya...sape2 yg rasa2 nk tempah
tu silakan la ye..harga mmg berpatutan...:))
resepi marble cheese brownies ni,ibu tetap ikut resepi
incek Mat Gebu..sbb gebuuuu je...haha
terima kasih incek Mat ye...:))




BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C. 
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama 45 minit hingga 1 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...



Kuih Puteri Ayu


Assalamualaikum semua...

Skrg ni ibu dh jarang update apa2 kt sini..ada la sibuk sikit dgn tempahan dari kwn2
dh tu line slow sgt la.. letih ibu nk tunggu..  

Tapi hari ni ok plak tu yg dpt masukkan gambar ni.. kuih ni ibu buat kelmarin utk kenduri jiran ibu.. resepinya sama mcm yg sebelum ni takpe..ibu kongsikan lg resepinya...:))











Bahan A:

1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
1 sudu besar tepung sagu/ubi
Bahan B:
3 cwn tepung gandum(ayak)
1 sudu besar ovellette
2 cwn gula pasir
4 biji telur gred A
2 cwn santan pekat
sedikit pewarna hijau & perisa pandan
*saya guna air daun pandan dan dibancuh dgn santan kotak..(perisa asli)


Cara membuatnya:

1.Gaulkan kesemua bhn A (kelapa+garam+tepung sagu)- ketepikan
2. Pukul telur dengan gula hingga kembang.gunakan kelajuan tinggi.Masukkan ovellette,pewarna hijau,perisa pandan dan tepung gandum.Gaul guna senduk.
3.Masukkan santan pekat dan gaul hingga sebati. Panaskan pengukus.
4.Susun acuan dlm pengukus....sapu acuan dgn majerin/myk(supaya tak melekat)
isi acuan dengan kelapa putih(jgn terlalu sedikit).Tekan padat menggunakan hujung jari.(kukus 2 min)
5. Isikan adunan kuih..Kukus lg selama 10 min.
6. Apabila masak...keluarkan dr acuan...sedia utk dimakan...:))