Jom Follow Ibu

Tuesday, June 26, 2012

Biskut Dahlia

Assalamulaikum wbt...

Lama rasanya ibu tk kongsikan sesuatu kt blog ni.. hari2 ada je kerja yg perlu disiapkan.. puasa dh dekat.. tak lama lagi nak raya plak.. jom la kita try test buat biskut dahlia ni.. kalau tak nak buat takpe.. boleh order dgn ibu..abiskut ni mmg sedap.. tak menyesal la kalau beli pun...:)) 

Tapi kalau nk buat ni resepinya... :

Bahan2nya :

1 buku butter
3/4 @ 1 cawan gula halus/gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung ubi
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum
   (semua tepung di ayak)

Cara2nya :

- pukul butter dan gula hingga kembang
- masukkan kuning telur dan esen vanila - gaul sebati
- masukkan tepung ubi,tepung kastard dan tepung gandum
- uli hingga menjadi doh - kalau doh lembut,tambahkan sedikit tepung gandum
- kemudian paipkan dengan acuan samperit @ biskut dahlia
- hiaskan dgn ceri @ manik @ ikut suka..
- bakar 20 minit atau lebih dgn suhu 180 darjah @ bergantung pd oven masing2..;))







Sunday, June 17, 2012

Rendang Ayam Ibu



harini ibu masak pulut kuning dengan rendang ayam..
nak tau tk..sebenarnya kan..ibu tk pernah masak pulut
kuning makan dengan rendang ayam macam ibu masak
harini..sebabnya family ibu tk suka makan pulut..tadi pn ibu masak sikit je..saje buat konon2 sambut hari bapa..:))rendang ayam pulak ibu masak ikut selera ibu tau..kot ada sape2 yg berkenan boleh la cuba...:))


bahan2 utk rendang :

1 ekor ayam - di potong kecil-cuci bersih-toskan
15 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
2 keping asam gelugur
1/2 cawan kerisik
minyak utk menumis
garam & gula secukup rasa
2 helai daun kunyit - potong rampai

cara2nya :
1. tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak
2. masukkan ayam dan gaul rata..masak sampai ayam empuk
3. masukkan asam gelugur dan kerisik - gaul rata
4. masukkan garam dan gula secukup rasa
5. akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit,gaul2kan dan matikan api
6. sedia utk dihidangkan...:))





Friday, June 15, 2012

Kuih Lapis



dah banyak kali juga ibu buat kuih lapis..tapi yang ni
pada ibu lagi sedap..ibu jumpa resepi ni dari blog
terima kasih tk terhingga pd yg empunya resepi
izinkan ibu kongsikan resepinya di sini ye.. :))

bahan2nya :
2 cawan tepung beras
11/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi kayu
1 cawan gula pasir
600ml santan pekat
800ml air
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah dan hijau

cara2nya :
1. masukkan tepung beras,tepung gandum,gula,,garam,santan dan air dalam sebuah mangkuk. Gaul hingga adunan sebati. Tapiskan supaya adunan tidak bergentel.
2. bahagikan adunan kepada 2 bahagian..warnakan merah dan hijau.
3. panaskan loyang dalam pengukus..tuangkan 2 senduk adunan hijau ke dlm loyang..kukus dlm 10minit.
4. tuangkan adunan merah - kukus 10 minit..buat berselang seli hingga adunan habis..lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.
5. apabila kuih telah masak,angkat dan sejukkan.
** kalau guna acuan yg macam ibu buat tu..caranya tetap sama tp sapukan sedikit minyak pada acuan supaya nanti mudah untuk di keluarkan...**

Wednesday, June 13, 2012

Kuih Puteri Ayu

kuih puteri ayu traffik light...haha

merah ~ berhenti...:))

kuning ~ bersedia...:))

hijau ~ apa lagiii jalan daaa....ngappp..nyumm..nyummm..:))

sebelum ni ibu pernah gak buat kuih puteri ayu ni..tapi
ibu rasa ikut resepi yg ni lagi sedap..walaupn dh sejuk
tetap lembut..ibu dapat resepi ni dari anakanda Mastura
Cik Ra..terima kasih mas..izinkan ibu letakkan resepi
tu di sini ye...:))


PUTERI AYU
Bahan A:
1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
1 sudu besar tepung sagu/ubi
Bahan B:
3 cwn tepung gandum(ayak)
1 sudu besar ovellette
2 cwn gula pasir
4 biji telur gred A
2 cwn santan pekat
sedikit pewarna hijau & perisa pandan
*saya guna air daun pandan dan dibancuh dgn santan kotak..(perisa asli)
Cara membuatnya:
1.Gaulkan kesemua bhn A (kelapa+garam+tepung sagu)- ketepikan
2. Pukul telur dengan gula hingga kembang.gunakan kelajuan tinggi.Masukkan ovellette,pewarna hijau,perisa pandan dan tepung gandum.Gaul guna senduk.
3.Masukkan santan pekat dan gaul hingga sebati. Panaskan pengukus.
4.Susun acuan dlm pengukus....sapu acuan dgn majerin/myk(supaya tak melekat)
isi acuan dengan kelapa putih(jgn terlalu sedikit).Tekan padat menggunakan hujung jari.(kukus 2 min)
5. Isikan adunan kuih..Kukus lg selama 10 min.
6. Apabila masak...keluarkan dr acuan...sedia utk dimakan...:))

Tuesday, June 5, 2012

Kek Karamel




kek karamel ni kakcu buat semalam..utk sepupu abgcu
syamsul & farah yg dtg ziarah ke rumah..puas rasa hati
dapat menjamu pasangan pengantin baru ni dengan
hidangan yg kakcu masak sendiri..kalau tk selalunya
cuma tengok di fb je..;))

ni resepi kek karamel yg kakcu buat tu....

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula
~ masukkan 2 sudu besar gula ke dalam loyang,masak tanpa gunakan air dengan api perlahan,sehingga gula cair dan menjadi perang - ketepikan.

sediakan 6 biji telur.
(pastikan setiap biji telur tidak kurang dari 63gm)
asingkan kuning dan putih telur.
~ sediakan 3 bekas:
Bekas 1 - 6 putih telur
Bekas 2 - 3 kuning telur
Bekas 3 - 3 kuning telur

(B)
untuk membuat bahagian atas/karamel
~ ambil bekas yang mengandungi 3 kuning telur + 1 biji telur + 1 tin susu cair + 70gm gula kastor + 1/2 sudu teh esen vanila dan di kacau2 manja..jangan sampai berbuih,nanti tk jadi karamel nya.
kemudian tapiskan bahan (B) ini ke dalam bekas (A)

(C)
untuk membuat lapisan kek
~ ambil bekas yang mengandungi 3 kuning telur + 135ml air + 45ml minyak jagung/masak
dan di pukul menggunakan mixer sehingga pekat dan berbuih macam separuh meringue.
kemudian masukkan gula kastor 70gm dan di pukul lagi sehingga pekat.
campurkan adunan tadi dengan 140gm tepung gandum + 1 sudu kfc b/powder yang telah di ayak 3x.
kacau manja,guna senduk kayu pn boleh. kacau sehingga betul2 mesra dan sebati.
**kalau nak kek tinggi sikit,tambahkan sukatan tepung gandum menjadi 150gm.

(D)
meringue.
~ ambil bekas yang mengandungi 6 putih telur + 70gm gula kastor + 1 sudu kfc cream of tartar.
pukul sehingga kembang dan bila bekas tersebut di terbalikkan kandungannya tidak jatuh.
** pastikan putih telur tidak bercampur dgn kuning telur walau sedikit pn.

kemudian campurkan adunan (C) ke dalam adunan (D) dan digaul menggunakan senduk sehingga sebati.
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan pewarna mengikut cita rasa masing2.

kemudian boleh lah melakukan proses memasukkan adunan yang telah di warnakan kedalam loyang (A)+(B) secara berselang seli,lakukan sehingga habis.
bakar secara double boiler pada suhu 170darjah 50-60minit.
panaskan 0ven 10 minit terlebih dulu.

Cotton Soft Japanese Cheese Cake




kek jepun lagiiiiiiii....aritu buat kek ni utk besday diri sendiri
kali ni buat lagi utk besday kakak kakcu pd 28/5 dan anak
nya pd 31/5..so buat sebiji kek utk 2 orang..jimat kan...haha

senang je buat kek ni..tapi kakcu memang tk pandai sangat nk
mendeko kek bagi cantik...hantam2 je la..;))
jum tengok resepinya...


Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar) / gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tambhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C.