Jom Follow Ibu

Tuesday, September 18, 2012

Kek Rainbow


Assalamualaikum wbt...

baru ni kakcu buat kek rainbow utk besday anak2 kakcu...ct maira dgn haikal hamim kongsi tarikh lahir pd 18hb.0gos..tapi masa tarikh besday sebenar diorg kakcu tk buatkn kek pn sebab esoknya 19hb tu kan dah raya..makanan melambak..nanti kalau buat kek kalau tk makan,membazir je..so dh penghujung raya baru la kakcu buatkan kek ni...bukan mudah rupanya nk buat kek ni..kena bakar satu persatu utk jadikn 6 lapisan..kakcu rasa kek ni 1st n last la kakcu buat...leceh la...huhu

resepi kek rainbow ni kakcu dapat dari kawan fb yg kakcu sayangi iaitu kak Aida Han..bberapa hari sebelum buat kek ni,hari2 su skodeng fb kak aida...alhamdulillah,tk sia2 skodeng..jadi pn kek nya...terima kasih kak Aida sayang..izinkan su kongsikan resepinya di sini ye...;))












Bahan- bahannya:

1 Cawan Mentega
1 1/2 Gula Kastor
5 biji putih telur
2 Sudu esen vanilla
3 cawan tepung gandum **
4 Sudu teh baking powder **
Tanda ** Di ayak bersama **
1 1/2 Cawan susu segar


Pewarna

1 sudu teh pewarna ungu+ perisa grape
1 sudu teh pewarna biru + perisa blueberry
1 sudu teh pewarna hijau + perisa peppermint
1 sudu teh pewarna kuning + perisa peach
1 sudu teh pewarna oren + perisa limau
1 sudu teh pewarna merah  + perisa strawberry

I
Cara-caranya:


1 ~ Butter dan gula dipukul hingga kembang
2 ~ Lalu dimasukkan putih telur sedikit2
Sambil dipukul terus hingga rata
3 ~ Masukkan esen vanilla, pukul rata

4 ~ Tepung dan susu segar dimasukkan bergilir gilir hingga habis dan diakhiri dengan susu
5 ~ Bagikan adunan kepada 6 mangkuk dan warna serta perisa
6 ~ Setiap mangkuk 200gm  250 gm adunan
7 ~ Panaskan oven 170 degree bakar setiap lapis selama18 minit atau sehingga masak.
8 ~ Guna loyang  8 inchi dan dialas kertas minyak
9 ~ Kek disejukkan dahulu, kemudian barulah dilayer..


Bahan2 frosting:


250 Gm Cream Cheese
120 Gm Butter
120 Gm gula icing diayak dahulu


Kesemua bahan2 frosting dipukul hingga rata dan gebu. Kemudian bolehlah digunaka untuk layer kek dan disapu pada kek...


Selamat Mencuba....

0 comments:

Post a Comment