Jom Follow Ibu

Monday, July 2, 2012

Marble Cheese Brownies





hari ni pagi2 lagi ibu dh mula buat kek..mula2 buat kek
karamel 2 buku..lps tu buat marble cheese brownies ni
plak..ibu buat ni atas tempahan dari kastemer..walaupn
hari ni ibu rasa kurang sihat sikit..tp alhamdulillah ibu
dapat juga siapkan semuanya...sape2 yg rasa2 nk tempah
tu silakan la ye..harga mmg berpatutan...:))
resepi marble cheese brownies ni,ibu tetap ikut resepi
incek Mat Gebu..sbb gebuuuu je...haha
terima kasih incek Mat ye...:))




BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C. 
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama 45 minit hingga 1 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...



0 comments:

Post a Comment