Friday, July 6, 2012

Agar-Agar Pelangi


Assalamualaikum....

Sebelum ni kakcu dh pernah buat agar2 ni..kakcu copy je resepi tu ye..jum kita tengok..


Bahan2nya:

Sebungkus agar2 bertali (25gm) di bahagi tiga.

Bahan A :

Ambil 1 bahagian agar2 - dicuci bersih
31/2 cawan air
1 cawan gula
pewarna

Cara2 nya :

Masakkan agar2,air dan gula hingga larut.
masak dengan api yg sederhana - kacau2 selalu
bila agar2 dh larut dan agak pekat boleh lah matikan api.
bahagikan agar2 td kpd beberapa bahagian dan masukkan warna ikut suka.
biarkan agar2 beku.
selepas itu,bolehlah di potong kecil2.
dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yg di sukai.

Bahan B :
ambil 1 bahagian lagi agar2
3 sudu makan gula
1 sudu kfc garam
11/2 cawan santan
2 cawan air

Cara2nya :

Masakkan agar2 dan kesemua bahan hingga larut.
setelah agak pekat matikan api.

Kemudian tuangkan ke dalam loyang/acuan yg sudah siap di isi dgn hirisan agar2 tadi.
biarkan sejuk sekejap dan masukkan ke dalam peti ais..







agar2 ni kakcu buat atas tempahan jugak..terima kasih
pd cikgu nor & cikgu milah..kalau sedap order la lg ye..:))

Enak di makan pd bila2 masa...baki agar2 yg masih tinggal lg tu simpan utk buat lain kali pula...:))

1 comment: