Jom Follow Ibu

Friday, June 15, 2012

Kuih Lapis



dah banyak kali juga ibu buat kuih lapis..tapi yang ni
pada ibu lagi sedap..ibu jumpa resepi ni dari blog
terima kasih tk terhingga pd yg empunya resepi
izinkan ibu kongsikan resepinya di sini ye.. :))

bahan2nya :
2 cawan tepung beras
11/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi kayu
1 cawan gula pasir
600ml santan pekat
800ml air
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah dan hijau

cara2nya :
1. masukkan tepung beras,tepung gandum,gula,,garam,santan dan air dalam sebuah mangkuk. Gaul hingga adunan sebati. Tapiskan supaya adunan tidak bergentel.
2. bahagikan adunan kepada 2 bahagian..warnakan merah dan hijau.
3. panaskan loyang dalam pengukus..tuangkan 2 senduk adunan hijau ke dlm loyang..kukus dlm 10minit.
4. tuangkan adunan merah - kukus 10 minit..buat berselang seli hingga adunan habis..lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.
5. apabila kuih telah masak,angkat dan sejukkan.
** kalau guna acuan yg macam ibu buat tu..caranya tetap sama tp sapukan sedikit minyak pada acuan supaya nanti mudah untuk di keluarkan...**