Jom Follow Ibu

Tuesday, June 5, 2012

Kek Karamel




kek karamel ni kakcu buat semalam..utk sepupu abgcu
syamsul & farah yg dtg ziarah ke rumah..puas rasa hati
dapat menjamu pasangan pengantin baru ni dengan
hidangan yg kakcu masak sendiri..kalau tk selalunya
cuma tengok di fb je..;))

ni resepi kek karamel yg kakcu buat tu....

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula
~ masukkan 2 sudu besar gula ke dalam loyang,masak tanpa gunakan air dengan api perlahan,sehingga gula cair dan menjadi perang - ketepikan.

sediakan 6 biji telur.
(pastikan setiap biji telur tidak kurang dari 63gm)
asingkan kuning dan putih telur.
~ sediakan 3 bekas:
Bekas 1 - 6 putih telur
Bekas 2 - 3 kuning telur
Bekas 3 - 3 kuning telur

(B)
untuk membuat bahagian atas/karamel
~ ambil bekas yang mengandungi 3 kuning telur + 1 biji telur + 1 tin susu cair + 70gm gula kastor + 1/2 sudu teh esen vanila dan di kacau2 manja..jangan sampai berbuih,nanti tk jadi karamel nya.
kemudian tapiskan bahan (B) ini ke dalam bekas (A)

(C)
untuk membuat lapisan kek
~ ambil bekas yang mengandungi 3 kuning telur + 135ml air + 45ml minyak jagung/masak
dan di pukul menggunakan mixer sehingga pekat dan berbuih macam separuh meringue.
kemudian masukkan gula kastor 70gm dan di pukul lagi sehingga pekat.
campurkan adunan tadi dengan 140gm tepung gandum + 1 sudu kfc b/powder yang telah di ayak 3x.
kacau manja,guna senduk kayu pn boleh. kacau sehingga betul2 mesra dan sebati.
**kalau nak kek tinggi sikit,tambahkan sukatan tepung gandum menjadi 150gm.

(D)
meringue.
~ ambil bekas yang mengandungi 6 putih telur + 70gm gula kastor + 1 sudu kfc cream of tartar.
pukul sehingga kembang dan bila bekas tersebut di terbalikkan kandungannya tidak jatuh.
** pastikan putih telur tidak bercampur dgn kuning telur walau sedikit pn.

kemudian campurkan adunan (C) ke dalam adunan (D) dan digaul menggunakan senduk sehingga sebati.
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan pewarna mengikut cita rasa masing2.

kemudian boleh lah melakukan proses memasukkan adunan yang telah di warnakan kedalam loyang (A)+(B) secara berselang seli,lakukan sehingga habis.
bakar secara double boiler pada suhu 170darjah 50-60minit.
panaskan 0ven 10 minit terlebih dulu.

0 comments:

Post a Comment