Jom Follow Ibu

Tuesday, May 29, 2012

Kek Lapis Buah-Buahan Campuran

dah lama tk buat kek lapis..memang dari dulu pn tk pandai
tapi saje suka nk mencuba...;))

walaupn tk berapa cantik..tp yang penting ada
semangat nk mencuba...;))

puas jugak nk melapis..selapis..selapis..dah la panas
menguji kesabaran..tapi puas hati sebab buat sendiri..;))

resepi kek lapis buah2an campuran ni kakcu dapat dari majalah Rasa.
meh la kita tengok resepinya :

bahan2nya :
180gm tepung gandum
250gm mentega
80gm gula halus - nk manis tambahkan gula lagi
8 biji telur gred A
3 sudu makan susu pekat manis
3 sudu makan serbuk horlicks
1 sudu teh ovelette
buah2an campuran secukupnya
1 biji loyang bersaiz 16cm (7 inci)

cara2nya :
1. pukul mentega,gula dan ovelette sehingga kembang.
2. kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit dan dipukul rata.
3. apabila adunan sebati,masukkan susu pekat manis dan dipukul lagi.
4. seterusnya masukkan tepung gandum yang telah diayak dan serbuk horlicks.
5. gaul sebati dan bahagikan adunan kepada 3 bahagian,iaitu warna merah,oren & hijau.
6. kemudian masukkan 5 sudu adunan bagi setiap lapisan ke dalam loyang  yang dialas dengan kertas minyak & taburkan buah2an campuran.
7. untuk lapisan pertama bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 170*..sehingga kelihatan keperang2an di permukaan kek (7- 8 minit),supaya hasil kejadian kek nampak lebih menarik..
8. dengan menggunakan lidi cucuk2kan di permukaan setiap lapisan kek untuk mengeluarkan gelembung angin.
9. untuk lapisan seterusnya gunakan api atas sahaja,lakukan proses yang sama sehingga selesai melapis,untuk lapisan yang terakhir gunakan api atas bawah.

2 comments:

teratai said...

Rajinnyalah...mesti memerlukan kesabaran yg tinggikan!

Resepi Ibu said...

teratai....mmg menguji kesabaran betul..kena bakar selapis2..dh la panas...tersilap sikit abis tgn terkena tmpt yg panas,melecur la sikit..adoiii..lain kali kena hati2..:))

Post a Comment