Jom Follow Ibu

Wednesday, May 9, 2012

Cucur Badak



rasa dah lama sangat kakcu tk update apa2 masakkan
kt sini..tkde semangat la..rasa macam sesuatu je...:((
kakcu tknk citer panjang2..jum kita tengok resepi 
cucur badak ni,yg kali ke dua kakcu buat.. 


bahan2nya:
400 gm ubi keledek rebus yg dah di lecek
1 cwn tepong gandum
sedikit garam

cara2nya:
campur semua bahan dan uli sampai sebati..buat la bulat2 dan leperkan,kemudian  bubuhkan inti...bulatkan semula dan dileperkan sedikit..buat sampai habis...dan bolehlah di goreng...(semasa proses membuat cucur badak ni,sekiranya adunan lembik,ambil sedikit tepung dan sapukan di tangan supaya tidak melekit/melekat)

bahan2 untuk inti:
1/3 biji kelapa parut
1 btg serai
2 sudu besar udang kering
3 tangkai cili kering
sebiji bawang besar 
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa 
1 sudu gula
garam secukupnya 

cara2nya:
cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
pastikan inti dimasak sehingga kering/garing..;))

0 comments:

Post a Comment