Jom Follow Ibu

Friday, May 18, 2012

Ayam Masak Ungkep



kadang2 pening jugak kepala ni memikirkn  nak masak
lauk apa la hari ni...selak2 majalah Rasa,jumpa pulak
resepi ayam masak ungkep...cuba masak..mm..
alhamdulillah sedap...tkyah citer banyak la
meh kita tengok resepi nya...;))

bahan2nya :
1 ekor ayam - di potong ikut suka
1 biji kelapa di ambil santannya
2 batang serai - diketuk
garam dan gula secukup rasa

bahan kisar :
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis

cara2nya :
1. gaulkan ayam yg dipotong bersama bahan kisar dan perap seketika.
2. kemudian masukkan ke dalam kuali bersama santan dan serai,didihkan sehingga kuah kering/pekat.
3. akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa,kacau sebati dan angkat..sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment