Cari Resepi

Loading...

Bingka Pisang

jalan2 ke 'Dapurku sayang' Dayang Jack..kakcu terjumpa
resepi bingka pisang ni..tenung bingka tu lama2 haishh tk
boleh jadi..nk kena buat nih..nasib baik memang ada stok
pisang masak...apa lagi..membingka la kakcu...;))

tapi kan..kakcu nk mintak ampun pd DJ sbb suka suki
kakcu menukar dari menabur bijan kt atas bingka tu
sebaliknya menabur coklat rice pulak...tp sdp tau..
terima kasih DJ sbb berkongsi resepi...;))

memang sedap betul la bingka ni..tk rugi buat..makan
tgh suam2 tu laaaagiiii sedapppp...;))

tk sabar tunggu pisang kt belakang rumah tu masak
mmg nk buat lagi bingka ni...

marilah kita menyaksikan resepi bingka pisang yg 
kakcu kidnep dari dapur Dayang Jack..;))



Bingka Pisang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 200 ml santan pekat
  • 125 air
  • 3 biji telur C
  • 2-3 biji pisang emas ranum (dilenyek)
  • 80g gula pasir (+/-)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar minyak sapi atau minyak masak sayuran
  • sedikit esen pisang jika suka
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning 
  • bijan untuk taburan
Cara-cara : 
  1. Kisar semua bahan di atas (kecuali tepung dan bijan) hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung dan kisar/blend sekali lagi.
  3. Sediakan loyang. Sapukan dengan minyak masak (DJ alaskan dengan kertas foil dan disapu minyak masak supaya senang nak dikeluarkan daripada loyang). Tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan taburkan bijan secukupnya
  4. Bakarlah ke dalam oven selama 1 jam atau hingga keperangan dengan suhu 160C-170C. 
  5. Setelah masak, biarkan sebentar di dalam oven selama 10 minit. Selepas itu bolehlah dikeluarkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (tapi memang sedap dimakan time ia masih panas sebab terasa sangat kegaringan kerak bahagian atasnya).

2 comments :

Amie

Assalamualaiku,
salam kenal dari kak Amie, follow sini ye

Resepi Ibu

wa'alaikumussalam kak amie..
alhamdulillah..terima kasih sudi follow..;))

Post a Comment