Jom Follow Ibu

Friday, February 25, 2011

sambal sotong



bahan2nya:
sotong - matikn dlu air sotong tu - masak skejap sotong dgn minyak. pastu tos kan.

1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
halia sikit
-kesemua ni di kisar-
10 tangkai cili kering - di kisar.
2 sm kicap cair
3 sm cili sos
gula n garam secukup rasa.

cara2nya:
tumiskan bahan kisar - masak sampai pecah minyak
masukkan cili kering yg dh di kisar. masak lg smpai pekat.
masukkan kicap dn cili sos.
kmudian masukkan sotong,gula n garam.
masak dn gaul2 sampai rata... ;))

lemak nangka ikan masin



bahan2nya:
ikan masin
(kalau ikan tu masin sgt..rendam dlu skejap..rendam lama pn tkpe..masin2 nnti kne
darah tinggi..makcik tk masuk campo ehh...;))
nangka - potong2-rebus separuh empuk.

2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
10 biji cili api
ikan bilis
kunyit idup sikit
-semua ni di kisar-
2 btg serai - di ketuk
1 kotak santan kara

cara2nya:
masukkan dlm periuk - bahan kisar dn serai - masakkn skejap.
masukkan santan dn nangka. masak sampai mndidih. gaul2 selalu.
masukkan ikan masin. masak lg.
klau dh masin sbb taruk ikan masin td,tkyah taruk garam lg,
tp kalau tk masin,boleh la masukkan garam sesedap rasa.. ;))

Saturday, February 19, 2011

ayam bakar

popia sambal



mula2 buat inti popia..ikut suka la ye nk buat bnyk mana n nk masukkan apapn..

bahan2nya:
kacang panjang - hiris kecik2
kobis - hiris halus
carrot - hiris kecik2
bwg besar - hiris kecik2
garam
minyak

cara menyediakan:
tumiskan bawang sampai naik bau..
masukkan carrot..gaul2kan n biarkan skejap
masukkan kcg panjang..gaul2kan lagi
kmudian masukkan kobis dn garam ssdp rasa..
dh msk boleh la di angkat dn disejukkan.
slps tu boleh la digulung dgn kulit popia.
dh siap gulung boleh la digoreng.

bahan2 utk sambal:
lada kering - di kisar
bawang putih - di kisar
cili sos
gula
garam
minyak

cara2nya:
tumiskan lada n bwg putih yg dh di kisar. masakkan skejap.
masukkan cili sos,garam n gula. gaul rata.
dh pekat boleh la masukkan popia yg dh di goreng td.
gaul sampai kesemua popia bersalut dgn sambal.
dh siap boleh la di hidangkan... ;))

gado-gado



bahan2nya:
kacang panjang - celur
kangkung - celur
taugeh - celur
telur - rebus dn potong kecik
timun - potong nipis
tauhu - goreng n potong kecik
tempe - potong kecik n di goreng
keropok - goreng
ketupat segera - rebus n potong kecik
-kalau suka boleh taruk sengkuang-

bahan sambal:
kacang tanah - goreng n dikisar/nk tumbuk pn boleh.

cili kering - kisar
bawang putih - kisar
bawang merah - kisar
belacan - goreng - sikit je.. - kisar
cekur - kisar
air asam jawa
garam dn gula secukup rasa.


cara menyediakan:
masukkan semua bahan kisar dlm periuk.masukkan kacang tanah. masak.
kalau perlu masukkan air..gaul rata.
masukkan air asam jawa,garam dn gula secukup rasa.
masak sampai kuah agak2 pekat ye..
buat sambal/kuah ni mcm2 cara..
ada yg tk di masak..sbb bahan2 di atas dikisar dgn air masak..
ada tu semua bahan2 kisar di goreng trlebih dulu..
sbb tu ibu tk tumis sambal ni sbb kacang tanah dh di goreng dgn minyak,
kalau kita masak kuah ni dgn api yg kecik,dia akan kluarkan minyak..
dh siap sambal/kuah,boleh la di hidangkan bersama bahan2 yg dh dicelur td..
mmg sedap lah..tp dh lps makan jgn la gado2 ye.. ;))

Thursday, February 17, 2011

karipap popia (inti keledek)



buat karipap popia ni simple je..

bahan2nya:
inti:
keledek - di potong kecik2 (agak2 la..)
1 btg serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
(semua bahan diatas di kisar)
2 sm rempah kari - bancuh dgn air sikit
gula n garam secukup rasa
sedikit daun kari

-kulit popia-

cara2nya:
tumis daun kari n bahan kisar - naik bau..
masukkan rempah kari - gaul rata.
masukkan keledek,garam n gula - masak sampai keledek empuk.
dh empuk n dh sedap boleh la di angkat.
sejukkan sekejap.
kemudian boleh la digulung dgn kulit popia.
buat sampai inti abis.
pastu goreng la..pastu makan...senang kan..haha..

udang goreng planta


bahan2nya:
1/2 kg udang sederhana besar
10 tangkai cili padi
1 sudu besar susu cair
1 tangkai daun kari
4 sudu besar planta
garam secukup rasa
3 biji telur
minyak masak secukupnya

cara menyediakan:
-bersihkan udang.
-goreng udang separuh masak dn ketepikan.
-masukkan planta dn goreng kuning telur hingga brtukar warna.
(kacau dgn pantas). ketepikan.
-stelah itu masukkan satu sudu planta,masukkan cili padi dn daun kari.
goreng hingga naik bau.
-kemudian masukkan udang yg telah digoreng,
garam,gula dn susu cair. masak selama 5 minit.
-akhir sekali masukkan telur yg telah digoreng tadi.
-cuba lah..sedapppp... ;))
-

peria goreng + udang+telur


bahan2nya:
1 biji peria > potong nipis > gaul2 dgn garam n perap skejap.
10 ekor udang
2 biji lada merah > hiris
3 ulas bwg merah > hiris
2 ulas bwg putih > hiris
1 biji telur
garam n gula scukup rasa
minyak utk menumis

cara menyediakan:
-tumis bahan hiris - naik bau.
-masukkan udang - gaul rata.
-masukkan peria - gaul2 lagi.
-klau perlu masukkan air sikit.
-masukkan gula n garam.
-masukkan telur - gaul sebati.
-dh masak boleh di angkat utk di hidangkan... ;))

Wednesday, February 16, 2011

kek oren moist



bahan2nya:
1 cawan tepung kek/tepung naik sendiri.
4 biji telur - asingkan kuning & putih.
1 cawan gula aising.
1 cawan mentega.
1 biji limau sunkist
(diparut kulitnya & diperah jus nya.)
1 camca besar ovelette.

cara2nya:
~putar putih telur sehingga bertanduk (di terbalikkan tk jatuh).
~dlm mangkuk lain,masukkan gula aising & mentega,pukul sehingga ringan.
~masukkan jus limau & kulit limau - pukul sebati.
~masukkan ovellete & pukul lagi.
~masukkan kuning telur & tepung berselang seli sambil diputar hingga sebati.
~kemudian masukkan putih telur,pukul dgn kelajuan perlahan.
~tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah di gris & di alas dgn baking paper.
~bakar pd suhu 145 darjah selama 1 jam atau hingga masak.
~bila dh masak buka sedikit pintu oven & biarkan lbih kurang 5 minit di dlm oven..:))

apam pisang moist

Compose


bahan2nya:
115 gm tepung gandum
1/2 st soda bikarbonat
1/2 st garam
3 biji telur gred B
1 st ovellete
70gm gula perang
120ml minyak masak/minyak jagung
125gm pisang restali/pisang berangan - lecekkan.
1 st esen vanila
1 peket nescafe 3 in 1.

~panaskan oven - lenser loyang dgn minyak & tepung.
~putar gula perang & ovellete hingga rata.
~masukkan telur putar dgn kelajuan tinggi sehingga
pekat & kembang (spt adunan kuih bahulu).
~masukkan pisang lecek & esen vanila.
~masukkan tepung berselang seli dgn minyak &
1 peket nescafe 3 in 1 - kacau hingga rata & sebati.
~bakar dgn suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.. :)

ayam masak epal



bahan2nya:
500gm ayam - potong kecil
2 biji epal hijau - potong empat
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar cili kisar
200ml susu segar/santan kotak
1 sudu besar gula
150ml minyak bijan/minyak masak canola
sedikit garam

cara2nya:
- tumiskan bwg besar & bwg putih hingga naik bau.
- masukkan cili kisar & tumiskan skejap.
- kmudian tuangkan susu segar/santan dn kacau sebati.
- masukkan sedikit kicap cair dn gula. biarkan tumisan sehingga pecah minyak.
- masukkan ayam dn gaulkan sebati. biarkan selama 5 minit.
- selepas itu masukkan epal hijau. masak sehingga epal empuk.
- tambahkan garam scukup rasa dn gaulkan sebati.
- angkat dn hidangkan... ;))


** resepi ni ibu amik dri majalah saji..
ibu Halimah Shuib yg masak (jamu mak dara).

lemak labu + tempe



bahan2nya:
sebiji labu di potong2.
3 keping tempe di potong kecil
3 ulas bawang merah - ditumbuk
ikan bilis - ditumbuk
200ml santan
2 helai daun kunyit
2 biji lada merah - di belah 2 atau 4.
sedikit kunyit serbuk
sedikit air
dn garam scukup rasa.

cara2nya:
masukkan bahan tumbuk,santan,sedikit air dn labu ke dalam periuk - masak.
kena kacau selalu - jgn sampai pecah santan.
bila labu dh separuh empuk - masukkan tempe.
masukkan garam,lada dn daun kunyit.
masak sampai labu empuk dn tempe btl2 masak.
slpas tu boleh la di hidangkan... ;))

Monday, February 14, 2011

tempe goreng berlada



bahan2nya:
tempe - ikut suka nk bnyk mana - digoreng.

3 sudu makan lada kisar
4 ulas bawang putih - ditumbuk
4 sudu makan cili sos
garam n gula secukup rasa

cara2nya:
-tumiskan bawang putih - naik bau.
-masukkan lada kisar - gaul2kan n biarkan skejap.
-masukkan sos,garam n gula scukup rasa.
-masak sampai agak pekat.
-masukkan tempe - di gaul mesra.
-siappppp... ;))

Sunday, February 13, 2011

sayur goreng petai



bahan2nya:
suun - rendam.
cendawan tiram.
kacang panjang - hiris.
kobis - hiris.
petai - dibuang kulitnya.
1 labu bawang besar - hiris.
4 ulas bawang putih - hiris.
2 biji lada merah - hiris.
2 sudu mkn cili kisar.
minyak utk menumis.
sedikit garam.
sedikit air.
sedikit pati ikan bilis.

cara2nya:
-tumiskan bwg besar dn bwg putih sehingga naik bau.
-masukkan cili kisar dn hirisan lada merah dn tumis skejap.
-masukkan pati ikan bilis.
-masukkan sedikit air. tambahkan garam secukup rasa.
-masukkan kcg panjang dn petai,gaul sebati.
-masukkan kobis dn cendawan,gaul lg..
-stelah sebati masukkan suun dn sedikit lg air.
-masak sehingga suun sedikit kembang dn kcg panjang empuk.
-masak sehingga sedikit kering kuahnya.
-siappppp..dh boleh makan... ;))

ayam panggang percik



bahan2nya:
1 ekor ayam - potong 4/ikut suka..
sedikit minyak utk menumis

bahan A:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
-di kisar-
2 sudu besar cili kisar.

bahan B:
3 btg serai
2 cm halia
30gm lengkuas
-di ketuk-
100gm cili kisar
11/2 mangkuk santan pekat.
3 keping asam gelugur
3 sudu besar sos tomato
garam dn gula secukup rasa.

cara2nya:
-tumis cili kisar dn bahan A sehingga naik bau.
-masukkan bahan B,lengkuas,asam gelugur,santan,garam dn gula.
-masukkan ayam,masak sehingga kuah menjadi sedikit pekatdn tambahkn sos.
-setelah ayam empuk,asingkan dn bakar sehingga keperang2an.
-percikkan sedikit kuah semasa membakar.
-hidangkan panas2..buat lauk mkn dgn nasi..sedapppp... ;))