Jom Follow Ibu

Wednesday, December 28, 2011

Lempeng Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis

assalamualaikum wbt...;))
ya Allah..berikanlah hambaMu ini kesihatan yg baik..
demi suami dan anak2 yg dikasihi..kalau ibu sihat
apapn ibu boleh masak..walaupn sekadar
lempeng bercicahkan sambal...


semalam mkn apam durian..hari ni mkn lempeng pulak ye...;))

gulung cantik2...letak bawah tudung saji..
sekali tengok..uwaaa dh abissssss...
hmm..sok kena buat lg ni...

bahan2nya :
3 cawan tepung
3 cawan air
1 st garam

cara2nya :
campurkan kesemua bahan dan di kacau hingga rata
kemudian boleh lah melempeng..

bahan2 utk sambal :
20 tangakai cili kering - kisar
1 biji bawang - kisar
3 biji bawang putih - kisar
ikan bilis - tumbuk jangan lumat sangat
4 sudu makan air gula melaka (rebus siap2)
1 biji bawang besar - dimayang
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
minyak utk menumis

cara2nya :
1. tumiskan dulu bawang yg dikisar sampai pecah minyak
2. masukkan cili kering yang dikisar,gaul rata
3. biarkan mendidih dan pekat
4. masukan ikan bilis,air gula,asam keping dan garam secukup rasa
5. masukkan bawang yg dimayang,gaul2kan dan biarkan sebentar
6. padamkan api dan boleh dihidangkan bersama lempeng... ;))

0 comments:

Post a Comment