Jom Follow Ibu

Wednesday, December 7, 2011

Daging Kicap Sos Lada Hitam






assalamualaikum wbt...
dah berapa hari kakcu tk sihat,dan dah
berapa hari ni anak2 kakcu yg masak..
tp semalam kakcu dh mula ke dapur semula,
kebetulan haikal pn demam..kalau tk dia
lah yg masak2 kt dapur..
semalam kakcu dan anak2 puasa,kami puasa
9 & 10 muharam..alhamdulillah dalam keadaan
kakcu yg kurang sihat,mcmtu jugak dengan haikal
tapi kami masih mampu berpuasa..
menu berbuka puasa kami mcm yg kt gambar tu..
ada masak kicap daging sos lada hitam,sayur
sawi goreng + sosej,sambal tempe+ikan bilis &
ikan goreng.
entri kali ni kakcu nk kongsi resepi daging masak
kicap sos lada hitam..;))


bahan2nya:
1/2 kilo daging - dipotong2 - cuci bersih - toskan.
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu kecil lada hitam - dikisar
3 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan cili sos
kicap secukupnya - kakcu guna kicap manis je..
1 biji tomato - dipotong 4
1 biji lada merah - dihiris
1 biji lada hijau - dihiris
minyak untuk menumis

cara2nya:
1. tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. masukkan daging dan kicap..masak sehingga mendidih dan sehingga daging lembut.(kalau perlu masukkan sedikit air)
3. kemudian masukkan sos lada hitam dan cili sos,gaul2kan.
4. masukkan hirisan lada dan tomato,gaul rata,biarkan seketika,padamkan api.
5. sedia untuk dihidangkan.
* sos lada hitam dah masin,kalau rasa kurang masin tambahkan sedikit garam ye..;))

3 comments:

kakchik@ella said...

Semua KC suka termasuklah Kakcu. Hihihi.

AYIE ABAS said...

semoga kembali sihat kak cu..ermm dpt kembali ke dapur memasak masakan yg sedap2....

Jendela Hati said...

musim la kakcu. cpt2 sembuh....

Post a Comment