Cari Resepi

Loading...

Sambal Hijau Petai




assalamualaikum wbt...
tkyah la kakcu membebel panjang2..
letih la..
hari ni kakcu masak lemak labu,asam pedas
ikan kembung,ikan goreng & sambal hijau
petai.
sedap tau sambal ni..sape2 rasa nk cuba,
kakcu bg resepinya..;))

bahan2nya:
20 biji petai - di belah dua.
200gm ikan bilis - direndam
2 biji bawang besar kuning - dimayang - kalau bwg tu besar sgt 1  biji pn cukup
sedikit jus limau nipis
garam secukup rasa

bahan tumbuk/kisar
5 biji lada hijau
15 biji cili padi hijau
8 ulas bawang merah
2sm lengkuas

cara2nya:
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
2. kemudian masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga sebati.
3. masukkan petai,bawang besar,jus limau nipis serta garam secukup rasa.
4. gaulkan hingga rata dan kemudian angkat.

*sumber: majalah RASA oktober.

0 comments :

Post a Comment