Jom Follow Ibu

Wednesday, September 28, 2011

Mee Sup




assalamualaikum wbt...
kakcu rasa kurang sihat sikit hari ni,
teringin makan yang panas2..yang rasa segar..
so kakcu masak mee sup..ala mee sup simple
je..
pada yg mengunjungi blog kakcu kali ni,dan
yg membaca entry kakcu yg ni,kakcu mohon
tlg doakan kakcu sihat dan kuat semangat ye..
moga Allah memakbulkan doa kita bersama..
amiin...:(

bahan2nya:
1 kilo mee kuning - dicuci - dicelur - toskan.

untuk membuat sup:
1/2 dada ayam - dipotong kecil2 - dibersihkan (nk campurkan daging/bahan lain pn boleh)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam - nk guna lada putih pn boleh
1 sudu kecilcampuran jintan manis dan jintan putih.
2 kuntum bunga lawang
2 kulit kayu manis
2 biji pelaga
2 sudu besar rempah sup (serbuk)
2 1/2 balang blender air
sedikit kiub ayam
sayur2an : sawi,carrot,putik jagung..(ikut suka nk masukkan sayur apapn,taknak taruk sayur pn tkpe)

cara2nya:
1. tumbuk/kisar lada putih,jintan,halia,bawang merah dan bawang putih.
2. kemudian tumis kayu manis,bunga lawang,pelaga dan bahan tumbuk/kisar tadi hingga wangi.
3. masukkan semua rempah,air dan ayam. masak hingga ayam empuk.
4. masukkan sayur2an. biarkan sayur masak sebentar.
5. masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
6. dah sedap bolehlah padamkan api.
7. ambil mee yg telah dicelur tadi,masukkan kedalam mangkuk,tuangkan kuah sup ke dalamnya dan hiaslah dengan daun sup/daun bawang/bawang goreng.juga sambal kicap..siap sedia untuk dimakan...;))

4 comments:

Zurina said...

best tu k.cu...klau xdemampun cukup2 myelerakan. Pepun sy doakan mg k.cu cepat sembuh k!...insyaAllah...;)

Resepi Ibu said...

terima kasih Ryna..insyaAllah..amiin...

Rosli Ibrahim said...

Tolong Bagi Resepi Mee Sup Bansing( Ayam) Memang Sedap .Kuah Dia Kena Pekat Sedikit . Jgn Pedas .

Rosli Ibrahim said...

Juga Tolong Bagi Resepi Mee Jawa .Kuah Dia Pekat Sedikit Telor Rebus .Terima Kasih .

Post a Comment