Jom Follow Ibu

Thursday, September 15, 2011

Kek Karamel







assalamualaikum wbt...
ni la gambar2 kek karamel yg baru je kakcu
buat..
rasa teruja tengok masing2 sibuk buat kek
karamel ikut step by step yg di ajarkan oleh
Abah Ustaz Abdullah Mahmod.
kakcu dh beberapa kali buat kek karamel ni,
ikut resepi asal dari Pn.Munira Baharum,tapi
bila Abah dah olah semula resepi asal kek ni,
kakcu rasa macam lagi best pulak..;))
terima kasih Abah..walaupn kita tidak mengenali
antara satu sama lain tapi izinkan su berkongsi
resepi kek ni..dan terima kasih jugak kerana
menunjuk ajar step by step yg memang mudah
untuk di fahami.
terima kasih jugak pada adik Rohaida Bidin
yg bersusah payah buatkan kakcu kek karamel
ni semasa kakcu ke Kluang tempoh hari..mmg
sedap..tu yg kakcu buat sendiri,boleh makan
puas2..;)) tapi kek kakcu ni tk berapa cantik la..
tkpe lain kali boleh cuba lagi..yang penting ikut
apa yg abah ajar..moga Allah memberkati
kehidupan Abah seisi keluarga..amiin...

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula
~ masukkan 2 sudu besar gula ke dalam loyang,masak tanpa gunakan air dengan api perlahan,sehingga gula cair dan menjadi perang - ketepikan.

sediakan 6 biji telur.
(pastikan setiap biji telur tidak kurang dari 63gm)
asingkan kuning dan putih telur.
~ sediakan 3 bekas:
Bekas 1 - 6 putih telur
Bekas 2 - 3 kuning telur
Bekas 3 - 3 kuning telur

(B)
untuk membuat bahagian atas/karamel
~ ambil bekas yang mengandungi 3 kuning telur + 1 biji telur + 1 tin susu cair + 70gm gula kastor + 1/2 sudu teh esen vanila dan di kacau2 manja..jangan sampai berbuih,nanti tk jadi karamel nya.

(C)
untuk membuat lapisan kek
~ ambil bekas yang mengandungi 3 kuning telur + 135ml air + 45ml minyak jagung/masak
dan di pukul menggunakan mixer sehingga pekat dan berbuih macam separuh meringue.
kemudian masukkan gula kastor 70gm dan di pukul lagi sehingga pekat.
campurkan adunan tadi dengan 140gm tepung gandum + 1 sudu kfc b/powder yang telah di ayak 3x.
kacau manja,guna senduk kayu pn boleh. kacau sehingga betul2 mesra dan sebati.
**kalau nak kek tinggi sikit,tambahkan sukatan tepung gandum menjadi 150gm.

(D)
meringue.
~ ambil bekas yang mengandungi 6 putih telur + 70gm gula kastor + 1 sudu kfc cream of tartar.
pukul sehingga kembang dan bila bekas tersebut di terbalikkan kandungannya tidak jatuh.
** pastikan putih telur tidak bercampur dgn kuning telur walau sedikit pn.

kemudian campurkan adunan (C) ke dalam adunan (D) dan digaul menggunakan senduk sehingga sebati.
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan pewarna mengikut cita rasa masing2.

jangan lupa campurkan bahan (B) ke dalam bahan (A).
bahan (B) hendaklah di tapis semasa di campurkan ke dalam bahan (A).

kemudian boleh lah melakukan proses memasukkan adunan yang telah di warnakan kedalam loyang (B)+(C) secara berselang seli,lakukan sehingga habis.
bakar secara doble boiler pada suhu 170darjah - 180darjah selama 50-60minit.
panaskan 0ven 10 minit terlebih dulu...

9 comments:

Ida,Japan said...

slm kenal kak zana....gebussnyer tgk kek akak ni, ida follow ye

mala said...

salam - cantiknya kek karamel akak!

Resepi Ibu said...

terima kasih Ida & Mala..;))

CheKiah said...

askum zana.
nk tanya part ni :-
untuk membuat bahagian atas/karamel
~ ambil bekas yang mengandungi 3 kuning telur + 1 biji telur << 1 biji telur menjadikan semua 7 biji telur ler yer?

Resepi Ibu said...

w'salam cheKiah..
iye cheKiah..utk buat bhagian karamel tu jadi tebal,kita tambahkan 3 kuning telur dgn 1 biji telur...
keseluruhannya guna 7 biji telur...;))

CheKiah said...

tkasih zana, fhm lah chekiah skrg :)insyaAllah lps check-up doktor bln October leh ler ngetes buat skrg dok study dr rakan2 :)

Resepi Ibu said...

sama2 cheKiah...
cheKiah tk sihat ke..moga chekiah segera sembuh ye..;))

biey_peace said...

salam..
best tgk kek ni..
nak tanye..kalo letak aduan C keatas adunan B..adunan tu b'campur x?
1 lg...double boiler tu camne?sori tanye ni sal xpenah buat kek hehe..
tq..

Kak Nik said...

waaah..nak try buat lol....kaknik share resepi nya,izin yaa....terima kasih ,

Post a Comment