Jom Follow Ibu

Tuesday, August 23, 2011

Biskut Aroma Strawberi




assalamualaikum wbt...
tk ada apa yg istimewa yg kakcu nk
kongsikan...sekadar resepi BISKUT
AROMA STRAWBERI..;))

bahan2nya:
250gm mentega - kakcu guna butter
180gm gula aising
2 biji kuning telur
230gm tepung gandum
230gm tepung jagung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil pewarna merah jambu
1 sudu kecil pes strawberi

cara2nya:
1. pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. masukkan kuning telur,pewarna & pes strawberi,pukul lg sehingga sebati.
3. apabila adunan sebati,campurkan tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk penaik dan gaul rata.
4. uli adunan sehingga menjadi doh yg lembut.
5. canai dan terap dengan acuan dan hiaskan.
6. bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit.

Sumber : Majalah Saji Ogos 2011.

0 comments:

Post a Comment