Jom Follow Ibu

Tuesday, July 19, 2011

Ikan Kembung Tempoyak






assalamualaikum wbt...
ntah kenapa skrg ni kakcu rasa malas
nk update apa2 kt blog kakcu ni...
kadang2 dua tiga hari tk menjengah
ke sini..hmmm...
hari ni puasa lagi..selagi terdaya
hari2 puasa..kali ni kakcu nk kongsikan
juadah berbuka kakcu yg simple je...
ada ikan kembung tempoyak,sup ayam,
sambal kicap,kerang goreng berlada &
sayur brokoli + carrot.
jum kita tengok resepi ikan kembung
tempoyak kakcu...;))

bahan2nya:
3 ekor ikan kembung - di bersihkan - gaulkan dgn 1 sudu makan tempoyak & sedikit garam - ketepikan.
20 biji cili api - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
2 btg serai - diketuk
3 sudu makan tempoyak
2 helai daun limau purut
2 cawan air - kalau nk kuah banyak,tambah air lg.
sekeping asam gelugur
garam secukup rasa

cara2nya:
masukkan bahan kisar,serai,tempoyak & air ke dalam periuk.
gaul rata dan masak sehingga mendidih.
masukkan asam gelugur.
masukkan ikan,garam secukup rasa & daun limau purut.
kecilkan api..biarkan sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
ssudah itu,bolehlah matikan api dan sedia utk di hidang...;))

0 comments:

Post a Comment