Jom Follow Ibu

Thursday, June 16, 2011

Sambal Tempoyak Masak




assalamualaikum wbt...
lps solat subuh pagi td,ibu tgk tv9
program "Tanyalah Ustaz"...dh abis
tgk tu,ibu rasa malas je nk buat apa2..
badan ni rasa semcm plak..mgkin sbb
menahan sakit semalam..klau ibu tk
kuat rasanya mmg ibu dh terbaring
melepek..
Alhamdulillah Allah beri kkuatan pd
ibu..perlahan2 ibu bangun ke dapur
dn mulakan rutin mmasak mcm biasa..
siap jgk hidangan utk harini..ada sambal
tempoyak masak,ikan kembung goreng,
ikan singgang,sayur bendi goreng &
ayam masak ungkep..

Sambal Tempoyak Masak:

15 biji cili api - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
2 helai daun kunyit -di hiris halus
segenggam ikan bilis - di tumbuk kasar
3 sudu tempoyak
1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa

cara2nya:
satukan kesemua bahan kecuali garam dan daun kunyit.
masak sampai pekat, baru masukkan garam dn daun kunyit.
masa masak guna api sederhana perlahan..
dah siap masak,bolehlah di hidangkan dgn lauk pauk yg lain..;))

0 comments:

Post a Comment