Jom Follow Ibu

Friday, May 6, 2011

Lemak cili api pucuk pegaga




rezeki pucuk pegaga btl lah..kawan dtg anta pucuk pegaga 3 plastik,nk buat apa banyak2 ni..nk masak apa pn tktau..asik buat kerabu je..jemu jgk..alhamdulillah ada kawan yg sudi kongsi resepi pucuk pegaga masak lemak cili api,terima kasih Nazian Nasir..kakcu dh masak,mmg sedap..;))


bahan2nya:
daun pegaga - dlm 2 cekak - di bersihkan
segenggam ikan bilis - dibasuh
3 cawan santan pekat
2 btg serai di titik
1 keping asam keping
garam secukup rasa

bahan utk di tumbuk:
10 biji cili api
3 inci kunyit hidup
ikan bilis pn boleh ditumbuk sama

cara2nya:

masukkan semua santan,bahan tumbuk,serai,asam keping - ke dalam periuk
masak sehingga kuah mendidih - sentiasa kacau supaya tk pecah minyak
masukkan pucuk pegaga dan kacau..biarkan sampai kuah mendidih dan pucuk pegaga masak
sentiasa kacau kuah supaya santan tk pecah minyak ya..
0k dah siappp...senang je..;))

0 comments:

Post a Comment