Jom Follow Ibu

Thursday, May 5, 2011

Donat Gebu


terima kasih pd adik zaharah Omar & Azie Mazidah yg sudi berkongsi resepi donat gebu ni..mmg btl2 gebu..;))


bahan2nya:

1/2 kilo tepung gandum (anggaran 17biji)
2 sudu makan majerin/shortening
1/2 sudu teh garam
air suam secukupnya
1/3 cawan susu segar
1 sudu makan yis kering (mauripan)
1 sudu makan gula
2 biji kentang rebus - blend bersama sedikit air suam

cara2nya:

1. susu segar+gula+yis - kacau dan biarkan berbuih seketika - ketepikan
2. satukan tepung+majerin+garam - gaulkan sebentar
3. campurkan kentang dan yis - uli dulu kalau kurang air baru tambah
air suam sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut dan tak melekat
pada tangan
4. bila adunan lembut biarkan dalam 30minit hingga adunan naik
5. uli semula utk keluarkan angin,canai tebal dalam 1inci dan terap
6. goreng dgn minyak yang banyak dgn api yg sederhana
7. biarkan sejuk baru di letak topping atau gula halus...;))

0 comments:

Post a Comment