Jom Follow Ibu

Wednesday, April 20, 2011

Seri Muka Pisang


Bahan A:
(lapisan bawah)

11/2 cawan tepung beras
21/2 cawan santan
11/4 cawan pisang lenyek
1 cawan gula - boleh mengikut kemanisan yg di sukai
2 sudu tepung kastard
1 sudu kecil esen pisang
sedikit pewarna kuning telur

Bahan B:
(lapisan atas)

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan santan
2 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
1 sudu kecil esen pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

cara menyediakannya:
1. untuk bahan A:
alaskan acuan yg di gemari dgn plastik pembalut makanan.
sapukan dgn sedikit minyak (saya tk alas plastik pn,cuma sapukan sedikit minyak)
2. campurkan semua bahan2 A kecuali pisang dan esen pisang.
kacau atas api dn masak sehingga mula meruap dan sedikit likat.
pastikan ia sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
kemudian campurkan pisang dan esen pisang.
kacau sebentar dan tutup api.
3. tuang adunan dalam loyang/acuan dan kukus selama 20-30minit
4. setelah dikukus,toreh2kan sedikit atas permukaan pisang
dgn menggunakan garpu
5. untuk bahan B:
kesemua bahan dicampurkan dan kacau sampai sebati.
masak sebentar atas api sehingga meruap sebentar.
pastikan ia sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
tapis (saya tk tapis pn..hehe)dan curah atas lapisan
bawah yg dikukus tadi.
6. kukus selama 20-30minit.
kemudian sejukkan dan di potong/di keluarkan dri acuan
untuk hidangan...;))


** resepi dari majalah SAJI **

0 comments:

Post a Comment