Jom Follow Ibu

Sunday, April 17, 2011

kuih abuk-abuk



biasanya klau nk makan kuih abuk-abuk ni,beli je..tu pn jarang jumpa org jual kuih ni,
kali ni cuba plak buat sendiri..wlaupn kureng cantik..tp boleh la..;))


bahan2nya:
240gm sagu biji
240gm kelapa parut putih
3 sudu makan gula merah - boleh lebihkan
3 sudu makan gula pasir - boleh lebihkan
1/2 sudu teh garam
10 keping atau lebih,daun pisang yang di lipat
seperti kon
Lidi penyemat secukupnya- guna pencungkil gigi je

cara memasak:
1. basuh sagu dn toskan 5 minit.
2. gaulkan sagu dgn kelapa. tambahkan garam.
3. gula merah dan gula putih di gaul sekali. ketepikan.
4. masukkan dua sudu makan campuran sagu ke dalam kon daun pisang.
kemudian sendukkan setengah sudu makan campuran gula dan lapiskan
dgn sesudu makan campuran sagu semula.
5. lipat bahagian atas kon dan sematkan dgn lidi.
kukus kuih lebih kurang 10 minit atau sehingga masak.
6. dah siap...sedia di hidangkan...;))

** anda boleh mengukus sagu separuh masak dahulu,
kemudian di masukkan ke dalam kon agar ia msk sekata.

Resepi dari majalah RASA.

2 comments:

bintuki-ankibu..^_^ said...

bu, klu xde sagu..leh tuka ngan bahan lain x bu?

Resepi Ibu said...

uuhaii anak ibu..klau tkde sagu gantikan dgn
saguhati je..hahaha

Post a Comment