Monday, March 28, 2011

daging masak hitam



Daging masak hitam ni jgk,di masak khas utk hidangan raja sehari..

bahan2nya:
1 kg daging kijang - daging apa2 pn boleh..- rebus dn di potong kasar.
300 ml air asam jawa
100 ml kicap manis
300 ml air
4 sudu mkn air gula melaka (gula melaka yg di masak dgn semangkuk air)
100 gm kerisik
100 gm bawang goreng
sedikit garam
minyak masak utk menumis

bahan rempah:
2 sudu kecil jintan manis - di kisar
1 sudu kecil jintan putih - di kisar
2 sudu kecil ketumbar - di kisar
10 tangkai cili kering - di kisar

bahan tumis:
2 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga

bahan mayang halus:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 inci halia

cara menyediakan:
- panaskan minyak,tumis bahan2 tumis dan bahan mayang sehingga naik bau.
- masukkan cili kisar dn bahan rempah yg sudah di kisar.
kacau sehingga terbit minyak.
- kemudian masukkan air,kicap dan air gula melaka.
kacau sampai rata.
- selepas itu,barulah masukkan daging dan masak sehingga empuk.
- masukkan pula kerisik,garam secukup rasa dn bawang goreng.
- gaul lagi hingga rata kesemuanya.
- biarkan sekejap.
- masukkan ke dalam pinggan dn bolehlah di hias mengikut citarasa sendiri...;))

No comments:

Post a Comment