Jom Follow Ibu

Friday, December 10, 2010

Ayam Goreng Mentega Pedas


bahan2 nye:
1 ekor ayam,di potong(ikut suka)
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh air perahan lemon
1/2 sudu teh serbuk cili
minyak untuk menggoreng

bahan tumisan:
2 ulas bawang putih,cincang kasar
3 helai daun limau,buang tulang nya
4 biji cili kering,tumbuk kasar
1 biji cili padi merah,tumbuk kasar
2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
1 1/2 sudu teh air perahan lemon
1 sudu makan majerin/mentega untuk menumis


cara membuatnya:
lumur ayam dengan garam,serbuk lada sulah,air perahan lemon dan serbuk cili.perapkan selama 20 minit.goreng sehingga masak.
tumis:tumis bawang putih,daun limau,cili kering dan cili padi merah sehingga terbit aroma.
masukkan kicap manis,garam,gula pasir dan air perahan lemon.masak sehingga pekat.masukkan ayam.kacau rata.

0 comments:

Post a Comment