Jom Follow Ibu

Friday, November 26, 2010

Kuih Keria


bahan2:
1 kilo keledek >> di buang kulit dn di rebus (masukkan garam sikit)
1/2 cwn tepung >> lebih kurang ye...
air sikitttt je..
minyak utk menggoreng

cara:
keledek di lecek kmudian campurkn dgn tepung. di gaul.
klau perlu titis2kn sedikit air..gaul lg smpai adunan bleh di bentuk.
bulatkan adunan,leperkn sedikit dn buat lubang tengahnya.
buat hingga adunan habis
kemudian di goreng hingga kekuningan. ketepikan.


bahan sira:
1 cawan gula
1 cawan air

cara2:
campurkan gula dn air dn di masak sehingga mendidih.
boleh guna api yg besar tp kena rajin kacau2..
bila air gula dh pekat dn nampak berbuih2 banyak,
kecilkan api dn masukkan kuih keria yg sudah siap di goreng,
masukkan perlahan2..sambil di gaul...bila gula dh melekat
bolehlah dipadamkn api..
insyaAllah kuih keria td akan di selaputi oleh gula.. ;))

0 comments:

Post a Comment